Perang????? Gerila??? Hanjing La Lu Kiram Yang Karam!!!! Apa
sekalipun tindakan korang, Gua takkan ampun dunia akhirat!!!!
Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah
menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah
menjalankan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan
media Filipina.
The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata
bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di
Sabah bukan suatu pilihan.
“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu
pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.
Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata
penentangan di Sabah akan diteruskan.
Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh
kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk
menjalankan operasi “serang dan lari” keatas Malaysia.
Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah
berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan
Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.
Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin malam
Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.
Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata pengikut
kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk
mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di
udara sekitar Lahad Datu.
Namun, Philippine Star melaporkan Agbimuddin telah kembali
ke wilayah asalnya di Sulu bersama-sama dengan pengiring, termasuk beberapa
individu daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ia menurut sumber
daripada pegawai keselamatan yang dirahsiakan.
Menurut akhbar itu lagi, pegawai keselamatan tersebut
berkata Agbimuddin mungkin telah melepaskan diri dari Lahad Datu semasa
perjalanan ke Sandakan dan menyusup sama ada ke Sibutu atau Sitangkai.
"Ia mugkin orang lain yang mereka sekat, kemungkinan
umpan atau untuk mengalih perhatian bagi memberikan mereka laluan masuk,"
kata sumber tersebut yang merujuk kepada penahanan oleh Tentera Laut Filipina
minggu lepas.
Pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35
pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan
mereka di pengkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala.
Agensi berita negara melaporkan pasukan keselamatan Malaysia
baru-baru ini telah dua kali bertempur dengan penceroboh bersenjata Sulu pagi
semalam, 36 hari selepas 200 pengikut Sulu yang diketuai Agbimuddin mendarat di
Tanduo, yang mendakwa diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu. Pasukan
keselamatan telah hilang 10 anggota - lapan anggota polis dan dua tentera.
Seorang remaja yang tidak dikenali juga telah ditembak mati pada hari keenam
Ops Daulat.
Pertempuran bersenjata semalam memecah tempoh aman selama
lima hari sepanjang pasukan keselamatan memburu baki penceroboh Sulu dalam
operasi Ops Daulat yang semakin berakhir.
Semalam Bernama melaporkan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk
Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan
di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya
tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden
pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum
keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan
itu.
Malaysia melancarkan Ops Daulat tiga minggu selepas
kira-kira 200 lelaki bersenjata mendarat pada 9 Februari, memulakan serangan
dengan pengeboman udara dan tembakan meriam berat sebelum menghantar tentera
darat untuk menjalan operasi pembersihan dikawasan perkampungan dimana Agbimuddin
dan pengikutnya bersembunyi.
Namun, Agbimuddin dan pengikutnya berjaya menyusup keluar
dan dipercayai menerima bantuan daripada penduduk tempatan sekitar, malahan
terdapat antaranya yang ditahan untuk disoal siasat.
Kaum keluarganya di Filipina juga mendakwa dalam media
bahawaAgbimuddin telah menghubungi mereka beberapa kali sepanjang minggu lalu
untuk memberitahu mereka masih selamat.
Khamis lepas, puak Kiram menawarkan gencatan senjata tetapi
enggan mengeluarkan tentera mereka dari Lahad Datu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak permintaan
itu, mengarahkan kumpulan bersenjata menyerah diri tanpa syarat dan atau
berhadapan dengan kematian.
sumber:http://networkedblogs.com/JmRZJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan