Jumaat, 15 Mac 2013

PI BALA MENINGGAL DUNIA


BREAKING NEWS: PI BALA MENINGGAL DUNIA
Jumaat, Mac 15, 2013 |






 PI Bala yang menjaja kisah kematian Altantuya di serata Negara telah meninggal dunia kerana diserang sakit jantung. Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini pada pukul 2.50 petang hari ini.

Bala dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada 5 Mac lalu, sehari sebelum dijadual berucap di ceramah ‘Siapa Arah Bunuh Altantuya’ di Parit Sulong, Johor.


Ketika program di Bachok Kelantan, Bala mengadu sakit dada dan disangka mengalami masalah gastrik serta hanya diberi ubat tahan sakit. “Sehari sebelum ke Johor, doktor sahkan ada serangan jantung kecil. Bala dimasukkan ke CCU (Conorary Care Unit) selama empat hari dan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN)" dimaklumkan oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.


Beliau yang kembali ke Malaysia pada 24 Februari lalu telah sambut dengan begitu meriah oleh wakil rakyat pembangkang. mendiang dikatakan telah bersumpah dengan menggunakan kitab Agama Hindu bahawa beliau akan mendedahkan segala apa yang beliau ketahui tentang kematian Altantuya Syaribu.

Bagi MyMassa, Kematian PI Bala tidak boleh dikaitkan dengan apa-apa konspirasi ataupun menuduh pihak lawan kerana setibanya PI Bala di Malaysia, semuanya telah diatur oleh Pihak Pembangkang. PI Bala sentiasa didamping oleh pemimpin-pemimpin Pakatan. Maka, timbul satu persoalan yang begitu besar,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan