Insiden Lahad Datu yang diharapkan dapat
membantunya mengelak dari terus berlari nampaknya hanya menyebabkan kakinya
hampir lumpuh terkena tembakan sendiri. Langsung Anwar tidak menyangka yang
insiden Lahad Datu yang dirancang begitu rapi sejak sekian lama dengan bantuan
berbagai pihak boleh gagal sama sekali dalam masa yang singkat sahaja.
Pengumuman Anwar untuk ‘lari’ ke Perak dalam
PRU-13 dilihat sebagai bukti kegelabahannya dalam mencari tempat untuk kembali
‘bertapak’ dengan kemas. Akhir-akhir ini, kaki Anwar tidak lagi teguh berdiri
dan sering kali longlai dan terketar-ketar dalam usahanya meneruskan larian ke
Putrajaya.
Bayangkan saja yang berhadapan dengan kerajaan
BN di Lahad Datu, bukan sahaja pengganas Sulu atau MNLF dengan bantuan senjata
dan kewangan yang besar yang sudah tentu dibekalkan oleh pihak yang ‘besar’
juga, tetapi juga jin dan syaitan, berdasarkan apa yang didakwa oleh pengganas
sendiri serta pengalaman anggota keselamatan, termasuk penduduk tempatan.
Dengan bantuan dan sokongan yang sebegitu
hebat, Anwar begitu yakin yang beliau tidak perlu menghadapi Pilihanraya tetapi
hanya perlu menunggu keadaan di Sabah menjadi parah dan ramai penduduk mati
sehinggakan kerajaan dipersalahkan, lalu menjadi lemah. Seterusnya, tekanan
akan dikenakan oleh kuasa besar sehinggalah akhirnya mereka masuk campur dalam
urusan negara.
Nampaknya, walaupun telah berkali-kali diberi
peringatan bahawa ada kuasa yang jauh lebih besar segala kuasa besar di dunia,
Anwar tetap memilih untuk lupa mengenaiNya. Anwar tidak lagi berpegang kepada
qada dan qadar, jauh sekali pasrah dan akur dengan ujian dan dugaan yang
menimpa dirinya akibat kerap mencabar ajaran Islam yang dianggap tidak
‘bersesuaian’ dengannya. Sehingga ke satu tahap, Anwar juga telah menolak hakikat
semulajadinya.
Justeru, Anwar nekad untuk terus mencabar
takdir dan meneruskan perjalanan ke Putrajaya, dengan mencari kawasan baru.
Sumber-sumber dalaman yang kini sudah mula tersebar membawa berita yang Anwar
tidak lagi yakin boleh menang di kawasan Melayu memandangkan semakin ramai yang
sangsi dengan ‘kesucian’nya.
Penolakan PAS terhadap Anwar juga semakin
ketara terutama di dalam Sambutan 5 Tahun Pemerintahan PR di Pulau Pinang, di
mana tiada dari pemimpin PAS yang kelihatan. Selain Nik Aziz yang nyanyuk
menaruh harapan terhadap Anwar, pemimpin PAS lain sudah tidak sanggup lagi
duduk sepentas bersama Anwar.
Oleh itu, Anwar dikatakan akan mencuba nasib
kawasan majoriti Cina. Antara yang disebut-sebut ialah Parlimen Ipoh Timur yang
disandang oleh Lim Kit Siang, memandangkan Lim Kit Siang sendiri akan ‘lari’ ke
Gelang Patah. Jika benar, maka Anwar mungkin akan bertemu dengan Ahli
Beliawanis MCA Pusat yang dikatakan mempunyai rekod kerja yang amat cemerlang.
Parlimen Ipoh Timur mencatatkan pecahan kaum seperti
berikut: Melayu 13.09%, Cina 81.07%, India 5.27% dan Lain-lain 0.57%. Pada
PRU-12, Kit Siang menang dengan majoriti 21,942 undi, tetapi Bapa kepada Tokong
DAP ini tetap memilih untuk ‘lari’ mungkin atas kesedaran bahawa beliau tidak
membawa apa-apa jasa ke kawasan tersebut.
Ahli politik yang berkhidmat dengan baik,
bersih dan tidak bermasalah dengan pengundi di kawasannya tentu sekali tidak
ingin bertukar kawasan bertanding. Hanya ahli-ahli politik yang jelas tidak
berjasa, tidak bekerja, tidak bersih dan bermasalah sahaja yang akan lari ke
sana ke mari mencari tapak baru untuk terus berdiri setiap kali PRU.
Dalam kes Anwar, beliau terpaksa mencari
kawasan di mana pengundi tidak akan mempertikaikan orientasi seksnya yang mana
beliau sendiri keliru dan sukar untuk menjawabnya sepertimana yang boleh
dilihat sendiri dalam wawancara beliau
dengan radio BFM baru-baru ini. Dan mengikut congakan Anwar,
kaum Cina dijangka tidak begitu mengambil kisah tentang masalah homoseksual
atau biseksualnya.
Lagipun, kaum Cina sehingga kini dilihat masih
menaruh harapan yang tinggi kepada DAP untuk merealisasikan ketuanan Cina
sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang. Justeru, kemungkinan yang mereka
memilih Anwar adalah tinggi, kerana yang penting bagi mereka ialah Pakatan
Rakyat. Memandangkan Anwar telah pun memperhambakan diri kepada Yahudi, maka
tentulah beliau juga lebih dari bersedia untuk memperhambakan diri kepada Cina
serta bersedia menjanjikan apa saja, bulan bintang dan tanahair, asalkan mereka
dapat meletakkan dirinya di takhta Putrajaya.
Namun, kita percaya, walaupun majoriti
pengundi Ipoh Timur mungkin tidak begitu mengambil peduli tentang kecelaruan
orientasi seks wakil rakyat mereka, tetapi kita percaya mereka tetap peduli
tentang kredibiliti dan integriti wakilnya.
Tindakan ‘lari’ kawasan, sudah cukup untuk
membuktikan yang wakil rakyat itu tidak mempunyai rekod yang baik sehinggakan
telah ditolak pengundi, walaupun di tempat yang paling selamat baginya sebelum
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan