NAJIB YAKIN PEROLEH
MAJORITI 2/3
Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat
Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan
keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam
Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga,
terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan
kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.
Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini
adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan
politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di
saat-saat genting ini.
Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan
Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan
pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal
menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa
yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum
pencerobohan tersebut.
Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan
isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad
pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum
peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.
Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani
isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar
darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa
beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya
iaitu Reuters dan media Filipina?
Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat
demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang
laporan tersebut pastinya berasas.
Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu
menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang
sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana
Menteri.
Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang
pengkhianat?
Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada
siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah
biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila
untuk berkuasa.
Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu
bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan
berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak
mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di
mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi
membusukkan mengenai dirinya.
Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor,
menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab
Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan
antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?
Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang
kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan
dengannya.
Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap
mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.
Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’
Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri
mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan
yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara
ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari
segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan
pemimipin yang berpotensi.
Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana
angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau
bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan
pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang
2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan
asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009,
mengikut laporan HSBC.
Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai
pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan
satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya
hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi
sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti
kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan.
Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan
selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang
tenang, rasional, elegan dan bijak.
Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah
bagi Barisan Nasional.
Oleh NHZ MY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan