Jumaat, 15 Mac 2013

KERAJAAN P.PINANG TAKUT UMUM MANIFESTO



Post Pic
 PULAU PINANG: Takut janji-janji terdahulu gagal ditunaikan menjadi punca pembangkang di negeri ini masih belum mengumumkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, H'ng Khoon Leng berkata, beliau difahamkan bahawa kepimpinan pembangkang negeri terpaksa menangguhkan pengumumannya kerana kandungan manifesto baru itu hampir sama dengan yang lama.
Menurutnya, pembangkang bimbang BN akan membandingkan kedua-dua manifesto berkenaan berikutan kandungannya yang tidak jauh berbeza.
"Kami percaya mereka (pembangkang) hanya kitar semula manifesto lama, iaitu ‘cerita’ lama yang tidak diberi nafas baru.
"Mereka takut kita meneliti janji-janji kosong yang mereka pernah buat. Itu sebab sampai sekarang mereka tidak berani umum manifesto PRU-13," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Ahli jawatankuasa pakatan pembangkang negeri, Ng Wei Aik sebelum ini memberitahu bahawa manifesto baru tersebut bakal diumumkan dalam konvensyen di Dewan Tunku, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada 9 Mac lalu.
Secara kebetulan, BN Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar pada hari sama bagi mendedahkan janji-janji yang masih belum ditunaikan oleh pembangkang sejak 2008.
Sehubungan itu, Khoon Leng mencabar pembangkang mendedahkan manifesto berkenaan selewat-lewatnya Isnin ini untuk diteliti rakyat.
"Biar rakyat melihat sendiri sama ada manifesto baru tersebut benar-benar dapat memberi manfaat kepada rakyat," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan