Bukti anwar mula goyang 360 dengan pendedahan dari blogger!
Anwar Ibrahim hari ini bertindak menyaman seorang individu
kerana didakwa menyebarkan gambar serta video lucah didalam ruang siber yang
dikatakan mirip dirinya. Saman berjumlah RM 100juta tersebut telah difailkan di
Mahkamah hari ini.
Menurut N.Surendran yang membuat kenyataan media bagi pihak
anak guamnya, beliau memaklumkan bahawa Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim hari ini telah memulakan prosiding undang-undang terhadap satu Wan
Muhammad Azri bin Wan Deris yang merupakan pemilik / pengendali laman web
berkaitan Umno yang dikenali sebagai "Papa Gomo".
Pada 16 Mac 2013, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar
palsu dan tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk
mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka.
Dalam surat permintaan yang dihantar hari ini, peguam Anwar
telah menuntut supaya blogger Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat,
meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai dari hari ini, dan membayar ganti rugi
dalam jumlah sebanyak RM 100 juta.
Jumlah gantirugi yang dituntut iti berdasarkan hubungan
rapat blogger tersebut dengan beberapa pemimpin kerajaan serta Agensi dan juga
sokongan jelas UMNO terhadapnya.
Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu yang
dimaksudkan didalam beberapa siri video serta gambar skandal seks yang
menggemparkan negara. Bukti fizikal seperti bentuk perut telah menjadi alasan
Anwar menafikan dakwaan terbabit. ~ MPP News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan