Jumaat, 3 Mei 2013





Biar betul print screen yang gua dapat nie. Member gua hantar tadi selepas beliau dapat sms ni daripada nombor telefon yang tidak dikenali. 

Antara bunyi sms nie : 

"Salam perjuangan, masa untuk menawan Putrajaya semakin hampir. Kami menawarkan RM1,000 untuk setiap satu kertas undi kosong, sila tunjuk kertas kosong pada Ketua Peti Undi Pas untuk dapatkan wang anda. Jihad untuk Islam" 

Wah! Pas pun dah main duit gak. Kali nie lagi teruk permainan kotor Pas nie bukan setakat kategori pancing undi. Ni dah kira beli undi dah ni. Rasuah politik ni. 

Memang betul apa yang gua dengar daripada sahabat-sahabat gua di Putrajaya yang Husam nie memang kaya dengan bisnes Jamnapari dan jual-beli tanah kat Kelantan. Sebab tu Pas boleh main bayar sampai riban-riban kat pengundi Putrajaya semata-mata nak duduk kerusi Putrajaya. 

Sapa kata BN main kotor. Rupa-rupanya orang yang suka dok mengata dan memfitnah orang ni lagi teruk dan keji perbuatan mereka. Wei! Orang Pas, "matlamat tidak menghalalkan cara" dan Islam tak pernah ajar siasah macam ni la. 
Oleh sebab itu, kepada semua pengundi Putrajaya gua nak pesan agar jangan terpedaya dengan janji-janji manis Pas bak menanam tebu dibibir. Silap perhitungan mau menyesal nanti seumur hidup. 

p/s : boleh tahan Pas nie banyak duit... Mana datangnya sumber kewangan nie kalo bukan daripada hasil negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Puuuuuiiiihh!!! 



Kini gempar pulak dikawasan Rapat Setia,Ipoh, sumber dari penduduk disana menyatakan mereka ini bergerak dari rumah ke rumah memberikan RM500 kepada penduduk yang keluar mengundi esok dengan syarat perlu mengangkat sumpah terlebih dahulu, berjanji dengan sesungguhnya akan mengundi PAS. 

Setelah mengangkat sumpah dirumah tersebut, mereka diarahkan pergi ke station 18 untuk mengambil habuan tersebut. Mengalahkan BR1M dah ni.. kalau nak menang pun jangan la sampai beli undi..

Janganlah pengundi pengundi diluar sana sanggup mengadai maruah sendiri kerana RM500. Banyak lagi cara yang elok untuk mendapatkan wang dengan daya usaha kita sendiri. Itu lebih Afdal. Jangan mudah terpedaya dengan mata zahir sebaliknya renunglah dengan mata hati yang lebih tepat akan kebenarannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan